Saturday, November 16, 2013



Kebolehan menjahit sangat menguntungkan baik bagi wanita yang bekerja mahupun surirumah sepenuh masa. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, ia juga dapat mengisi masa lapang dan meningkatkan kemahiran.


Selain itu kita dapat mengatasi masalah kelewatan tukang jahit menyiapkan baju yang ditempah, dengan kebolehan menjahit yang ada kita boleh menentukan sendiri bilakah kita hendak menyiapkan pakaian kita. Alangkah kecewanya kita bila pakaian yang kita harapkan untuk dipakai pada hari-hari tertentu tiba-tiba tidak dapat disiapkan oleh tukang jahit dengan pelbagai alasan.

Berbekalkan minat dan keazaman anda boleh mulakannya hari ini. kita boleh mula berjinak-jinak di bidang jahitan dengan menjahit pakaian sendiri dan anak-anak. Di ruangan ini dapatlah kiranya kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan menjahit pakaian….Hanya berbekalkan minat, kesungguhan dan sedikit modal anda boleh memulakannya sekarang juga.

No comments:

Post a Comment