Sunday, November 24, 2013

Baju Baru Penghilang Stress


Assalamualaikum..........

Pernah anda merasa stres dengan bebanan tugas seharian...sering keletihan...hilang mood dan tidak bersemangat untuk bekerja ...bagaimana nak menghilangkan perasaan-perasaann ini. Mudah saja jahitlah baju baru....bayangkan jika anda boleh menjahit baju sendiri....Anda boleh menyiapkannya dalam masa 1 hari sahaja,,,,,Esokny anda boleh ke tempat kerja dengan baju baru..secara psikologinya bila kita berpakaian baru semangat pun baru..kerja pun bersemangat dan ceria. Jahit sendiri.....cepat.....jimat...dan menceriakan. Selamat mempraktikkan

Thursday, November 21, 2013

Kelas Jahitan Percuma


Assalamualaikum........

Sepanjang 10 tahun saya menjahit sendiri pakaian....telah beberapa kali saya menawarkan kelas jahitan percuma  kepada rakan-rakan. Pernah saya berjanji dengan beberapa orang kawan, berjumpa di suatu tempat.. ...untuk mengajar cara membuat pola pakaian...daripada 5 org kawan yang berjanji nak datang belajar....seorang pun tidak muncul...lebih sejam saya menunggu......kecewa....

Pada kali yang lain pula..kawan datang ke rumah....malangnya bila datang ke rumah berborak saja yang lebih tapi hasilnya tidak nampak....kerana belajar tanpa ada kesungguhan....masa berlalu begitu sahaja..tambahan pula dengan membawa anak bersama..memang tidak menjadilah....kecewa lagi...........

Pada kali yang lain ...sama juga..kawan berjanji datang belajar di rumah...baru siap separuh pola...lepas itu tak datang2 lagi ...alasannya sibuk dengan kerja.anak dll....kecewa untuk ke sekian kali.........

Saya bercadang nak mengajar kawan2 sebab nak berkongsi kemahiran di samping membantu kawan2....tapi bila difikirkan balik....agaknya sebab percuma jadi apa yang diberi tidak dihargai..Setiap kali saya nak mengajar kawan2..semua bahan atau barang termasuk mesin jahit saya sediakan kecuali kain untuk dijahit saya minta di bawa sendiri.

Sejak itu saya dah tawar hati nak menawarkan kelas jahitan percuma.................dan hanya menawarkan kelas jahitan  dengan mengenakan yuran yang berpatutan.......Sertai Kelas Jahitan


Monday, November 18, 2013

Tingkatkan Nilai Kepada Pendapatan Anda

Setengah berpendapat jika ingin menambah pendapatan kita perlu melakukan kerja tambahan atau sambilan seperti yang makan gaji melakukan perniagaan secara sambilan, melakukan kerja lebih masa dan sebagainya.
Sebenarnya anda tidak semestinya melakukan kerja lebih  masa atau kerja sampingan atau sambilan. Berikan lebih nilai kepada pendapatan anda....

Bagaimanakah caranya? Bagi kaum wanita terutamanya samada yang yang bekerja atau  surirumah. Berjimat dengan apa yang anda ada. Salah satu caranya menjahit pakaian sendiri dan keluarga. Ianya sengat menjimatkan. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu..............jom menjahit ...tak perlu mencari pendapatan tambahan tapi berjimatlah dengan cara menjahit pakaian sendiri , Sertai Kelas Jahitan 

Saturday, November 16, 2013



Kebolehan menjahit sangat menguntungkan baik bagi wanita yang bekerja mahupun surirumah sepenuh masa. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, ia juga dapat mengisi masa lapang dan meningkatkan kemahiran.


Selain itu kita dapat mengatasi masalah kelewatan tukang jahit menyiapkan baju yang ditempah, dengan kebolehan menjahit yang ada kita boleh menentukan sendiri bilakah kita hendak menyiapkan pakaian kita. Alangkah kecewanya kita bila pakaian yang kita harapkan untuk dipakai pada hari-hari tertentu tiba-tiba tidak dapat disiapkan oleh tukang jahit dengan pelbagai alasan.

Berbekalkan minat dan keazaman anda boleh mulakannya hari ini. kita boleh mula berjinak-jinak di bidang jahitan dengan menjahit pakaian sendiri dan anak-anak. Di ruangan ini dapatlah kiranya kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan menjahit pakaian….Hanya berbekalkan minat, kesungguhan dan sedikit modal anda boleh memulakannya sekarang juga.



KELAS JAHITAN INTENSIF (1 HARI)


Tempoh kelas 1 hari sahaja @ sehingga siap sepasang baju kurung.

Terbuka kepada pelajar wanita sahaja.

Teknik jahitan yang asas, mudah dan cepat.

Sangat sesuai kepada suri rumah, wanita bekerja atau pelajar.

Ukuran adalah mengikut ukuran baju sendiri.

Objektif pelajar adalah untuk menjahit pakaian sendiri dan keluarga.

Sangat sesuai bagi yang sibuk tetapi ingin menjahit pakaian sendiri.

Sesuai kepada pelajar yang tidak mempunyai kemahiran menjahit.

Yuran yang sangat berpatutan.

Kain cotton 4 meter dengan warna yang sepada dibawa sendiri oleh pelajar.

Mesin dan alatan jahitan disediakan.

1.   Pembaris sesiku
2.   Pita Ukur
3.   Gunting
4.   Peniti serta kotak berspan
5.   Jarum jahit
6.   Zip
7.   Cangkuk kain
8 .  Getah pinggang
9.   Kapur penanda
10. Butang 
11. Kertas Pola baju
   12.  Span bahu

Kelas diadakan pada hari Isnin hingga Khamis bermula 9 hb bagi bulan Disember. Maksimum 3 orang pelajar bagi setiap kelas.

Kelas hari Sabtu bagi Disember oleh dirunding. 

Bagi bulan berikutnya iaitu Januari kelas hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.Tertakluk kepada perubahan.

Lokasi di Chemor (5km dari Mydin Meru Raya, Ipoh)

Kepada yang berminat sila sms/whatssap kepada :
0195277441 (Puan Mazni)  @  emel : mazznie@gmail.com